Tuesday, 5 June 2012

Mesyuarat Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia (MKKM) di Ibu Pejabat MKKM di Kampung Pandan pada 05/06/2012

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang DiPertua YBhg Tan Sri Datin Paduka Seri Zaleha Ismail. Hadir pada mesyuarat kali 3 ini ialah Datuk Dr Raj Karim, Naib Yang DiPertua, Datuk Yasmeen, Datuk Dr Mohinder Singh, SSetiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, wakil Kemas dan penulis. Mesyuarat kali ini membincangkan tentang pembinaan kompleks baru MKKM di atas tapak yang sedia ada. 



Gambar di atas menunjukkan wakil konsultan yang telah dilantik menerangkan lakaran dan bajet fasa pertama kompleks tersebut. Kompleks baru ini terdiri dari sebuah dewan serbaguna, bilik seminar, bilik darjah dan beberapa buah bilik pemulihan.


Gambar di atas menunjukkan Setiausaha dan Bendahari Kehormat berserta dengan Datuk Dr Mohider Singh sedang mendengar taklimat tersebut. Mesyuarat juga turut membincangkan tentang MAPO, MCRI dan beberapa perkara lain.

No comments:

Post a Comment