Thursday, 21 June 2012

Hari pertama bulan Syaaban 1433H

Hari ini 21 Jun 2012 adalah hari pertama bulan Syaaban 1433H...Sabda Nabi SAW...Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niat mu padaNya kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanKu ke atas mu..........Renungkanlah....

Masjid Biru di Istanbul.


Wednesday, 20 June 2012

Hari Terakhir bulan Rejab 1433H

Hari ini 20 Jun bersamaan 30 Rejab adalah hari lahir penulis. Bulan Rejab banyak kelebihannya. Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda: "Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan Allah, maka barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari Allah SAW. 
:



Tuesday, 19 June 2012

Penulis bergambar dengan Chef Sabri di kedai Murtabak Makasar yang termashur di Pekan Pahang pada 16/06/2012




Selepas mendengar taklimat, penulis (kanan sekali) dan rakan-rakan bergambar dengan Chef Sabri dan motor besarnya semasa berhenti makan di kedai murtabak yang terkenal di Pekan....Chef Sabri dalam siri jelajahnya ke Pantai Timur untuk penggambaran siri Asian Delights di TV......

Majlis Taklimat Lembaga Disiplin UMNO Malaysia dengan AJK Bahagian 16/06/2012 di Pekan Pahang


Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato' Sharkar Shamsuddin, Timbalan Pengerusi UMNO Pahang.






 Salah seorang peserta En Jidi dari Bera sedang bertanyakan sesuatu kepada ahli Lembaga semasa sesi soal jawab.

Tuesday, 12 June 2012

Mesyuarat Wanita PEKAP 10/06/2012

 Sebelah petang penulis telah menghadiri dua mesyuarat Biro Kebajikan dan Biro Wanita Pekap yang dipengerusikan oleh Pn Zaiton. Penulis sempat bergambar dengan AJK Biro Wanita Pekap selepas mesyuarat berkenaan. Sebelum itu satu mesyuarat Biro Kebajikan Pekap telah diadakan yang dipengerusikan oleh Dato' Sulaiman Ibrahim YDP Pekap........




Majlis Taklimat Cadangan Bangunan Baru Madrasah Manarul Islam Kg Tunku PJ pada 10/06/2012

Pagi ini (Ahad) penulis telah menghadiri satu taklimat cadangan membangunkan bangunan baru Madrasah Manarul Islam Kg Tunku yang dianjurkan oleh Pakatan Islam Kg Tunku PJ. Penulis adalah kariah madrasah ini. 



Bangunan baru yang dicadangkan adalah 4 tingkat yang terdiri dari dewan serbaguna, bilik darjah, kafetaria, tadika, beberapa buah ruang untuk disewa dan juga tempat letak kereta......Bangunan ini dijangka mula dibina pada tahun ini juga setelah segala urusan yang diperlukan siap..... 





Kenduri Kahwin pada 09/06/2012 di Temerloh Pahang.


Penulis sempat menghadiri beberapa majlis kenduri kahwin di sekitar Temerloh selepas menghadiri majlis kenduri kampung di Kg Bukit Kelulut. Gambar di bawah adalah majlis kenduri kahwin anak Pn Zaimun di Taman Sri Semantan.






Majlis kenduri kawin anak saudara Pn Zalina AJK wanita di Taman Sri Semantan.




Majlis kenduri kahwin anak Tok 4 Tjg Belengu .....



Majlis kenduri kahwin anak Tok 4 Tjg Besar......
Penulis sempat menghadiri 6 majlis kenduri kahwin pada hari ini.


Kenduri Kampung Kg Bukit Kelulut Temerloh Pahang 09/06/2012

Penulis  menghadiri Majlis kenduri kampung ini dengan rakan-rakan Zainiah dan Norlia. Kelihatan kaum wanita sedang membersihkan periuk dan kuali selepas majlis tamat. 


Penduduk kampung sedang menunggu majlis penyampaian hadiah.




Sebahagian lagi penduduk sedang menunggu hadiah masing-masing sambil menikmati pertandingan akhir karoeke.



 Penulis dijemput untuk menyampaikan beberapa hadiah kepada pemenang sukaneka wanita, kanak-kanak dan lelaki....................................












 Kelihatan KWC Pn Noraini sedang memerhatikan penulis menyampaikan hadiah kepada salah seorang kanak-kanak........



Pemandangan dari restoran ikan bakar Pontian 06/06/2012


Hari ini penulis berkunjung ke Pontian Johor ke rumah anak yang bekerja di Hospital Pontian. Penulis 
sempat merakamkan pemandangan yang indah dari sebuah restoran ikan bakar semasa makan malam di situ.




Tuesday, 5 June 2012

Mesyuarat Agung Cawangan Kg Penak Temerloh Pahang pada 20/05/2012

Penulis telah menghadiri mesyuarat pertama Cawangan UMNO Kampung Penak bersama dengan rakan Puan Norzaliah. Turut hadir pada mesyuarat ini ialah setiusaha Kerja UMNO Bahagian Temerloh.

Mesyuarat Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia (MKKM) di Ibu Pejabat MKKM di Kampung Pandan pada 05/06/2012

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang DiPertua YBhg Tan Sri Datin Paduka Seri Zaleha Ismail. Hadir pada mesyuarat kali 3 ini ialah Datuk Dr Raj Karim, Naib Yang DiPertua, Datuk Yasmeen, Datuk Dr Mohinder Singh, SSetiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, wakil Kemas dan penulis. Mesyuarat kali ini membincangkan tentang pembinaan kompleks baru MKKM di atas tapak yang sedia ada. 



Gambar di atas menunjukkan wakil konsultan yang telah dilantik menerangkan lakaran dan bajet fasa pertama kompleks tersebut. Kompleks baru ini terdiri dari sebuah dewan serbaguna, bilik seminar, bilik darjah dan beberapa buah bilik pemulihan.


Gambar di atas menunjukkan Setiausaha dan Bendahari Kehormat berserta dengan Datuk Dr Mohider Singh sedang mendengar taklimat tersebut. Mesyuarat juga turut membincangkan tentang MAPO, MCRI dan beberapa perkara lain.

Monday, 4 June 2012

Kenduri Kahwin anak Dato' M Nasir di Sungai Buluh Selangor pada 03/06/2012


Pada sebelah malam penulis berbaju hitam dan suami telah menghadiri majlis kenduri kahwin anak Dato' M Nasir di rumahnya di Sg Palong, Sg Buluh.



Gambar pelamin yang begitu simple tetapi elegant....yang dilhamkan dari kad jemputan perkahwinan anak sulung  M Nasir dengan isteri pertamanya. Betapa uniknya cita rasa orang seni seperti Dato' M   Nasir ....

Majlis kenduri kahwin pada 03/06/2012 di Temerloh Pahang.


Hari ini penulis telah menghadiri 4 majlis perkahwinan bersama dengan rakan Puan Zainiah. Gambar di bawah ini adalah kumpulan penyanyi dan pemuzik dari Jenderak Pahang yang telah menghiburkan tetamu yang hadir dengan lagu-lagu tradisional mereka.



Penulis (kiri sekali) bergambar dengan Dato' Norzan (pegawai Kewangan Negeri Pahang) dan Datin Ramlah ketika menghadiri majlis kenduri anak saudara Dato'. Dato' Norzan adalah classmate penulis dari tingkatan satu hingga tingkatan 3 di Sekolah Menengah Jalan Bahagia.


Dewan Panglima Perang di Kg Sanggang yang biasanya muram saja, kelihatan begitu ceria dan cantik setelah dihias untuk meraikan kedua mempelai. Kelihatan di bawah ini pelamin dan meja santapan raja sehari yang berwarna merah, putih dan pink.





 Pengantin lelaki yang berasal dari Setiawan Perak kelihatan begitu segak dengan pakaian yang berwarna silver white.


Majlis kenduri kahwin pada 02/06/2012 di Temerloh Pahang

Penulis telah menghadiri 8 majlis kenduri pada hari ini. Gambar-gambar di bawah ini adalah diantara majlis kenduri kahwin yang telah penulis hadiri dengan rakan-rakan Nab, Mi dan Zainiah. Gambar pertama penulis  ( baju hitam)  bergambar dengan kedua mempelai di Desa Jaya. Pasangan tuan rumah berbaju kelabu telah menyampaikan beberapa buah lagu pada majlis tersebut. Pasangan suami isteri ini mempunyai bandnya sendiri yang selalu mendapat undangan di majlis kenduri kahwin di daerah Temerloh ini. 


Penulis bergambar di atas pelamin bersama dengan rakan dan tuan rumah (duduk di hadapan bertudung putih) di Taman Bukit Bendera Mentakab.





Penulis (kurung hitam)) bergambar dengan tuan rumah, emak pengantin lelaki  (baju merah, tudung hitam) di Taman Cahaya Temerloh Pahang. Pengantin adalah anak saudara Naib Ketua UMNO Temerloh.


Monday, 28 May 2012

Kenduri kahwin anak Pn Azizah di Bt 4 Jalan Maran Temerloh Pahang 27/05/2012

Penulis bergambar dengan kedua mempelai dan tuan rumah berbaju merah. Ini rumah kenduri kahwin yang ke 4 penulis hadir pada hari ini.



Kenduri Kahwin di Paya Pulai Tengah Temerloh Pahang 27/05/2012

Penulis bergambar dengan besan tuan rumah (baju ungu) yang mendendangkan beberapa buah lagu tahun 70an dengan suaminya bercermin mata gelap. .


Kenduri kahwin anak Ustaz Md Nor di Tjg Batu Temerloh Pahang 27/15/2012

Penulis (2nd frm left) bergambar dengan tuan rumah(baju ungu) dan rakan-rakan, Zainiah, Yah & Norlia.



Program Pemantapan Petugas Pilihanraya, Polling and Counting Agent di Dewan UMNO Temerloh Pahang 26/05/2012

YB Dato' Sharkar telah merasmikan penutupan Program ini. Penulis kurung hitam (partly hidden, front row) menghadiri kursus ini dengan rakan-rakan. Simulasi hari pengundian turut diadakan.